Monday, February 11, 2019

EXO's Edits (Just for Memories)

Assalamualaikum.

Wowerz, dah berkurun gais tinggal blog ni. Dulu kemain suka banget nak update blog, tapi sekarang heh berchenta. Hahahaha. Btw, post kali ni aku just nak abadikan gambar-gambar yang aku pernah edit waktu dimana aku sebagai peminat tegar kpop. Lewls atau erti kata lain die hard fans or KPOPPERS. Hahahaha. So aku upload ni dekat profile Weheartit aku. Tapi disebabkan dulu sis noob so terus upload without putting any watermarks. But then the credit goes to the photographer or we called 'em as fansite masternims. Tanpa diorang, takdelah gambar artis pujaan korang yang lawa nak mampos. Aku cuma ambik then edit sebabnya tanpa sebab. Nak buang masa mungkin? Hmm

Ok dulu memang aku minat gils lah dengan EXO. Dan aku suka Park Chanyeol. I can say that I am actually a multifandom. Aku minat jugak kumpulan-kumpulan lain macam B2ST, Super Junior, etc but there's one time everything pasal EXO got hyped up. And I liked 'em back them. Sekarang bukan tak suka, cuma kurang minat. Faktor usia mungkin. Hey tell me, I've been listening to kpop since I was 13 kot. Fuh sekarang dah bekerja dah pun. Anda bayangkan?! But still, I do listen to their songs.

BBH is my bias wrecker :')




My man :*


EXO's Peterpan lyrics in english. I took it as a quote. I was madly in love with this song at that time <3

That's all. While you're at it, go check out my WeHeartIt profile.



Saturday, August 5, 2017

Pengalaman Latihan Industri di Kilang Simen

Assalamualaikum.

Weh gais I'm back! Teheee, well cuba teka sekarang aku buat apa? Yasss, gua tengah tulis blog! Yee pandai, LOL. Okay2 serius2. Actually aku tengah cuti semester ni haa and this sem's holiday iz not a so called holiday sangat oi since aku kena buat industrial training yg memang compulsory for all students yang nak graduate ye dok? Haaa, since aku bidang chemistry so memang sesuai sangatlah aku buat praktikal dekat kilang-kilang kan? Agak-agak aku praktikal katne? 

Yeah, kilang DSV. Ye lah betul lah since dia buat produk kosmetik memang dak2 chemist punya bidang la kan? LOL snap that out la mira!

Hehe, sebenaqnya aku buat praktikal kat kilang simen kat Langkawi ni je haa. Kalau nak tau korang try aa search Lafarge. One and only kilang kat Langkawi yang accept dak chemistry phew nasib baik dapat dekat sikit dengan rumah HAHAHAHA ye saya anak mak so wut? 

Lepas je pokgad belah kanan hampa akan nampak view ni bohh

Well sepatutnya aku kena lapor diri 24 Julai but paper last aku pon on 23 Julai petang pulak tu gila ke esoknya terus nak masuk praktikal? Ingat sesenang je ke aku nak berenang balik Langkawi dari Sarawak? Haha so I called En Azis beforehand and told him that I only manage to report my duty on 25th of July. 

25th July (Tuesday)
Pergi Lafarge pukul 8 pagi then staffs depa bawak aku pi HR jumpa En Azis. En Azis interviewed me, tanya itu ini, dah ada bf belom. Hahhaa, sumpah En Azis lawak and cool habis. Well aku akan cerita a bit detail eh so bear with me gais! Yang bestnya sini rehat apak banyak, 3 kali beb. Yelah kerja kilang kan, semua kena ada tenaga. Tapi yang sedihnya aku tak boleh masuk lab lagi sebab tak pergi safety induction where it should be held every Wednesday di mana hari rabu esoknya ada majlis ape ntah untuk orang yang nak bersara.



26th July (Wednesday)
I was attached to purchasing dept. Hahahaha how irony kan? Dak chemy kena buat kerja office, bahagian purchasing lak tu. Kahkahkah, I definitely had no IDEA too gais! I helped kak tiqah do a few works. So seminggu jugak aku duduk sini. HR dekat namampos dengan kantin, so selalu sangat pergi kantin. Makanan kantin pulak sedap-sedap belaka beb. Yang paling best, dapat kupon makan aa *smirks*

27th, 28th, 31st July & 1st August
Still at purchasing dept. Met a lot of people, interesting people I can say. Kat sini mostly pakcik2 & makcik2 so agak awkward aku nak bersembang dengan depa hahaha. Since this is a kilang so majoriti sini lelaki lah. Hanis siap cakap jangan aku balik sarawak nanti dari mira jadi mir :')

2nd August
Yeay dah masuk safety induction so gua dah boleh pi lab esok tu dengan jayanya muahahaha. 

3rd August (Thursday)
Aku datang awal gila kot dodol. Dalam 745 centu aku dah punch card hahaha ni sebab aku tak tau nak masuk QC macam mana. Nasib baik datang awal jumpa En Azis. Dia bawak aku masuk QC jumpa dengan En Hafiz (QC Manager). Then brief introduction session with En Hafiz. Dekat situ ada 2 chemist, En Rahmat & Cik Rozana. So En Hafiz bawak aku masuk QC Lab. Every morning ada brief meeting kot adudu segan namampos hahaha. Mula2 sepatah haram aku tak paham depa dok bincang apa. Pastu En Hafiz assign aku untuk ikut En Basri buat kerja. Aku kena buat residue for raw mill, kiln feed dengan coal. Well, residue is done untuk nak tahu ok ke tak materials semua ni untuk buat simen. Whether these materials are in range or not. Instrument ye guna air jet sieve. Ok tak pernah lagi nampak instrument ni tapi menarik lah. Pastu aku tengok2 lah kerja pa lagi kan depa buat lam lab tu, ada buat titration, xray and so on. Sumpah cool beb!

ni lah air jet sieve. debu takyah citer, leh buat tayamum beb hahahha, dah nama pon kilang simen kan

PC where they monitor the quality of the mill produced. Nampak tak line merah yg straight tu? Kalau lebih ke atas maksudnya kau kena kurangkan limestone, tambah clay or ubah yg mana patut and vice versa.

Robot ni lah tetibe muncul raw mill dari ceruk mana aku tak tau. sampai sekarang aku cam pelik dari mana tah datang raw mill padahal mesin semua building sebelah kot hmmm

4th August (Friday)
After morning short meeting, En Rahmat mintak aku ikut En Rizuan pulak pergi pharmacy. Ni bukan farmasi klinik eh gais, ni pharmacy where all the raw mix beans were stored. Dalam ni ada banyak aa materials such as limestones, clay, sand and marble. Kecut perut jugak aku masuk pharmacy ni, hampa imagine la conveyor belt banyak namati pastu bising lak tu. Kalau sorang2 jatuh kat situ memang allahu tak tau la nak cakap hahaha. Then, En Rizuan ajar aku buat LOI (lost on ignition). Ada 5 jenis materials kena test which are KF1, KF2, C4, 2A & 2B. So put in 5 diff crucibles respectively. Timbang then bakar dalam furnace about 45 minutes. After bakar biar sejuk jap. Hahahaha rasa cam buat kek bhaii. Dah sejuk timbang lagi then calculate dalam excel dah siap formula bagai situ and wallah dapat lah each LOI for every materials. COOL siaaaa! Hihi. 

Then, tetibe En Hafiz datang tanya apa yang aku dah belajo. Ohemgeeee dude, i was not ready at all. Haha, dia explain pasal overall procedure on how the cement was produced. Very very very interesting weh. From raw mix materials jadi raw mill after grinding. There's line 1 and line 2 thats the reason why there are raw mill 1 and raw mill 2 the same goes to kf1 and kf2. Then after masuk kiln jadi clinker and clinker ni campur with gypsum and limestone jadi lah final product which is cement. 

Hihi

Orite gais. Ciao dulu! Tutup salam :)

Wednesday, September 14, 2016

Asasi PALAM 14/15

Assalamualaikum and hello earthlings! Yeah, cam biasa holla after a longgggggg longgggg time. Haha, so kalini takde nak menceceh panjang sebab aku nak tunjuk gambar2 time aku asasi dulu. Fyi, aku asasi palam batch 14/15. Let's get started!

p/s: pictures not gonna be in a right order. i just mixed them up. haha



























amboi happynye kak

Okay ada banyak senanye gambar tapi nanti letak semua muntah pulak hampa tengok haha. To be frank, i miss palam a lot! Like A LOTZZZZZZ. Hahaha, rindu rumah, rumets, classmates, bilik kuliah, not to forget tangga kejayaan lewls. Rindu bazaar belakang C4, cafe angsana, psb semua lah. I played a lot back then and my result was sooo teruk haa padan muka hengko!!! Well, i did enjoy my life as a foundation student. Maybe i was enjoying it too much kahkah. So too sum up, I MIZZ PALAM DAMN LOT! Teheeee

Kalau korang nak tau I am studying chemistry here in UiTM Samarahan. I do love chemistry during foundation BUT I did not expect to further my study in this field at all. And the worst part, I did not even remember I choose chemistry in the upu lewls. But as I told u guys in the previous post, I just accept the offer and here I am. If u guys haven't checked my previous post, click here.

Thank you for reading!


Friday, November 27, 2015

Sarawak

Assalamualaikum

Teheeee dah lama gila tak post bhaii. Haha, last post masyaAllah sister dah berzaman haaa. Orite untuk pengetahuan semua aku dah sambung degree. Ce teka kat mana? Ce teka ce teka? Haaa tak tahu kan, yaaaaa kamek sambung study kat Sarawak. Mesti korang ingat Unimas kan? Haaaa SALAH ya.. Aku dapat uitm samarahan. Lepas asasi palam dapat degree pon uitm. Nampak tak uitm di hatiku? Heh *tenyeh hidong* Jauh kan langkawi ke sarawak. Kau hengat aku gumbira ka bila dapat tahu kena sambung degree kat sarawak. Lepas tengok result tu macam nak terjelopok jatuh pengsan *eceh* hahha. 

Padahal course aku dapat tu ada je kat semenanjung, yang paling dekat haa tu haa uitm arau. Nak jugak dicampaknya aku ke sarawak. Tapi apa boleh buat kan, tu je pilihan yang ada so terima je la kamek. Lagipon tak penah2 datang sarawak ni, apa salahnya. Parents aku pon boleh datang melancong sekali. Senanye bila aku bagitau parents yang aku dapat sarawak, depa pon macam stress la kenapa anak depa ni dapat sarawak. Haaaa, aku sampai nak reject tau tawaran sebab sarawak punya pasal. Hmmm tapi kalau aku reject aku nak study mana lagi. Nak tunggu anak raja masuk minang, tak dapeknya dek non. So at last gua terima je. Huhu

But I can see that both mak ngan abah were so HAPPY when they came here. Mak lagi la, she never imagined that she could visit sarawak if i wouldn't be offered here. So that i realized that i made a right decision to accept the offer. Yeah, kena daftar uitm 1 september. We came on 30th August. Sempat pegi jalan2. Haaa, sebelom naik flight ke kuching, aku nampak la orang2 yang flight depa from sarawak ni bawak plastik2 mira cakehouse. Ehhhh sebelom pi sarawak aku tanya2 la pakcik google tempat2 menarik, makanan2 menarik kat sarawak ni. Hmmmm, tak tertengok dek non. Banyak nau.




Sedap kan kek lapis kat atas tu.. Hahahahha, eventho aku dah lama *lewls ada la dalam 3 bulan baru poyo betul* dok sitok tak jemu beb makan kek lapis since cake is my fave!!! 

Lepas dah daftar, mds pon start thennnn habis. Haha, mds biasa2 je sebab dak2 degree sikit je nak dibuli pon. Lain la macam kat palam dulu, dibulinya kami suruh naik turun tangga maut tu. Matilanak. Course aku satu kelas je sebab kitorg 16 orang je hahaha sadis kan. Tapi takpela sikit ni orang cakap boleh kuatkan lagi chemistry bond tuu haa gittew *yeke?* Then dalam minggu mds tu hakak2 n habang2 mpp n pm ni baik betul bawak kamekorg jalan kat kuching. Hahahha, pegi muzium2  dgn plaza merdeka. Hmmmm, dekat depan plaza merdeka tu ada mcm tempat lapang tau, haritu dekat situ la depa buat hari sukan negara. 


At least kalau orang tanya dah melawat muzium sarawak ke blom dengan bangganya say YES! haha



Teheee. Emmm lagi aku dah pegi pasar serikin yang sempadan indon tu haaa. Orang sarwak pon terkejot kami dah pi, depa pon tak pi lagi. Kahkah, tapi panas bhaii serious panas hengko kalau nak pegi pagi2 dah kena betolak sampai sana tak la panas sangat. Kalau sampai tengah hari hmmm berpaneh la kome kat situ. Haha perasan tak aku cakap campur2 negeri. Dalam kelas aku ada dak kelantan, kedah, pahang and majoritinye perak. Haaa dok mengkome la haku. Dua org je dak sarawak kelas aku sampai depa pon dah cakap utara. Hahahaha

Few of kamek punya classmates. Yang lain shy-shy cat takmboh amek gambo huh



Atas ni gambar dekat waterfront. Popular gak aa tempat ni, dekat je kalau dari plaza merdeka. Dekat waterfront ni la hangpa boleh naik bot tambang tu, pi ke seberang. Kecik je sungainya, Seberang sungai tu ada food court dekat situ boleh la jumpa makanan sarawak from laksa sarawak, mee kolok anddd ada mira cake house kat situ.

Tasik biru gais. Photobomb gred A tok. Memanjang interframe gambo aku. Haha disebabkan jerebu so view pon kabur. Sob sob sedih hakak.

Haaa udoh2 le tu cerite ye. Baru sedor takde pon post time aku kat asasi dulu, hahahha banyak je cerita senanye tapi itulah hmmm paham2 je lah. hikhik, orite dekat uitm sarawak ni pon banyak story nak mory tapi nanti la ek.

Hari rabu kesat bhaii part 1 kena pakai baju putih. Mana tak glemernya semua kenal baju putih tok dak2 part 1. kahkah

Thanks for your time =)