Wednesday, December 28, 2011

The Right Track To Know My PMR Result Part 2

Assalamualaikum and hello creatures. Yeahh, seperti yang dijanjikan aku akan sambung balik cerita semalam. Kalau sesiapa yang tak baca lagi click HERE

#credit: cherrybam

Alright, where did we stop last night? Emmmm, oke Geo kira dah pass sebab aku dah habis baca form 1 and form 2. Just tunggu nak khatam form 3 jeee. Lepas masuk kuiz geo tuu, I've found that this subject was soooo demmm interesting. Pelik jugak aku kenapa aku tak minat? Padahal tak penah bersungguh-sungguh pon baca. Mana nak tau best ke tak! HAHA

Sejarah pulakk cikgu macam tahu-tahu jee aku nie kalau baca saja pon tak lut jugak. Kena ada latihan sama so sebelum cuti raya cikgu bagi homework yang sangat banyak sampai aku kena bawak balik kampung. Fuhh, semangat kauu. Untuk aku sejarah best lah jugakk tapi bab depan-depan jee, bila dahh sampai yang belakang mak oii memang jenuh jugakk nak ingat. Tok janggut lah, Dato' Bahaman lah. Kekadang sampai tertukar cerita. Haha, nasib baik dalam exam tak jadi macam tuu.

Sooo bila dah dekat nak PMR kiranya semua subject aku dah habis baca cuma entah ingat ke entah tidak. Haha, aku pasrah je lah. Masa first day pmr ada exam bm dengan pi kot tak silap. Entah aku pon dah lupa XD Oke lah kot, cuma PI aku takut sikit sebab sebelum tuu ustazah ada buat exam sikit and korang tahu aku dapat berapa? C tahu, C. Memang menakutkan! Bm oke lah jugak, tapi memang karangan tuu aku punya idea tak berapa mantop. Tak puas hati gak aku, rasa macam nak ambik balik kertas tuu.

The next day, ada exam bi dengan geografi. Benda yang paling tak disangka-sangka berlaku, waktu exam bi paper 2 aku tersilap tengok jam. Dang! Aku leka jawab bahagian guided writing. Exam habis pukul 11.20 tapi aku nampak pengawas peperiksaan tuu tulis macam habis pukul 11.50 a.m. Tengah aku ralit tetiba aku dengar kelas sebelah dah tarik kerusi nk keluar. Pelik jugak aku, rupanya waktu dah habis. Memang aku rush gila waktu tuu, perkataan yang aku dapat tulis hanyalah 129 perkataan. Ya Allah, keluar kelas memang aku menangis teruk!

Balik tuu aku asyik terfikir jaa pasal paper bi tuu. Aku cerita dekat mak aku pon sampai menangis-nangis. Tapi disebabkan petang tuu ada exam geografi, aku takleh terlalu fikirkan sangat pasal paper tadi. Tapi yang best aku jawab paper geo dengan senyuman yang kalah orang utan dekat Sepilok. Haha, quite easy laa. But I'm not very sure I can score well so aku hanya bertawakal kepada Allah je lah macam mana keputusan aku nanti.

3rd day, ada exam sc dengan sejarah. Aduhh, sejarah memang meremangkan bulu roma aku. Aku rasa macam nak lari balik. Sc paper 2 best sebab aku rasa ada soalan macam soalah darjah enam*bukan riak oke! Bersyukur sangat-sangat. Aku rasa macam nak berterima kasih jee dekat cikgu yang cadangkan soalan tuu. Haha, tapi happy aku hilang bila nak jawab sejarah. Dahlaa ada soalah yang tak pernah jumpa pon, ingat aku nak jee bagitau dekat pengawas peperiksaan tuu yang soalan yang aku tak tau tuu out of syllabus. Padahal baca bukan fokus.

The last day, jeng jeng jeng! Exam, math dengan kh. Math boleh tahan , mencabar jugak otak aku yang asyik dicabar nie. Haha, cut that crap off. Ohh mannn, asyik show off betul lah budak nie. Anak sapa lah nie? Haha, kh aku takut lah jugak. Sapa yang tak takut perdagangan dan keusahawanan memang mental! LOL, bab simpan kira tuu memang takleh blah. Bayangkan 2 tahun belajar benda yang sama still tak leh nak catch up! Memang otak biol. Tapi alhamdulillah boleh juga aku jawab semua exam.

Lepas PMR memang best. Yelah, selama 3 tahun korang belajar then pmr dah habis. You can feel the freedom. Otak dah tak senget lagi dan tak besar dah macam Jimmy Neutron. Korang boleh jerit sepuasnya samada nak bagi sekolah tuu runtuh atau nak bagi baju kawan korang terkoyak LOL. Memang heaven.

Dan selama dua bulan lebih aku tunggu, akhirnya result PMR akan keluar iaitu pada 22hb Disember. Malam tuu memang tak putus-2 orang hantar good luck. Ciss korang, hantar lah makanan ke duit ke? Ni tak good luck aje? Haiyaa, tapi aku takde laa ketar lutut sangat nak ambil result tuu. And sebelum tuu tak penah pon aku mimpi aku dapat result pmr padahal kawan-2 aku ada mimpi result pmr dorang.

Pagi esok nak ambik result pmr, actually aku taktau pon nak kena pegi sekolah pukul berapa! Aku calling-2 kawan aku dorang cakap kena pegi pukul 10 so aku pon pegi lahh dalam pukul 10 tepacak dekat dewan terbuka. DANG! Waktuu tu memang cuak jugak, tapi 2 3 minit jee sebab result keluar pukul 11. Kalau aku tahu aku pegi makan dulu. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya cikgu cakap result dah keluar. Jantung aku macam nak tercabut doh.

Cikgu cakap 12 orang dapat 8A. Sekolah aku luar bandar, mana ada sampai 100 orang macam korang.  :(( Haha, emo pulakk. Terkujat jugak aku sebab waktu trial dulu takde sorang pon dapat 8A, tup tup 12 orang. Mula-2 aku takmau ambik sebab takut kecewa dengan result aku sendiri. Tiba-2 ayah farah datang, heran jugak aku kenapa farah tak datang rupanya dia dekat kampung. Ayah dia pulak busy so memang rush hour gila aku tengok.

Bila ayah farah nak pegi amik result anak dia, dia nampak result aku. Then korang tahu jadi apa? Tahu tak? Korang dapat agak tak aku dapat berapa? Tak kan? Haha, ayah farah toleh belakang and cakap "Awak dapat 8A" Pelik jugak aku, dia tunjuk aku ke? Sepantas kilat aku serbu meja cikgu pegi tengok anddd ALHAMDULILLAH I've got straight a's :)) Syukur sangat. Aku bajet taknak nangis tapi nangis jugak. Haha XD

First of all, thanks to Allah sebab izinkan aku dapat kejayaan nie. Lepastuu cikgu-2 aku yang tak jemu layan perangai kami walaupun kelas RK tapi perangai macam kelas budak pendidikan khas sikit. Haaha, kawan-2 yang banyak membantu :)) Wahhh, macam dapat Grammy Awards lah pulak.

So korang dah tahu kan result aku? Haa, part 2 memang berjela-jela. Nasib baik aku buat sequel kalau cerita terus satu entry ada dalam setengah jam korang baca. Haha, thanks for reading guyss.




4 comments:

Gee Jah Noor said...

congratz! nak nangis pun ada bila part ambik result tu..huhu..as promised, cikgu kena la tunaikan..buka sekolah nanti, k :D

FantasyLand said...

@Gee Jah Noor sedih kee saya tulis cikgu? haha, *taksabarnie kekekeke XD

aidabeelicious said...

Congrats for the straight's n_n Good luck untuk form 4 pulak.

FantasyLand said...

@aidabeelicious thanks kak aida. wahh terharu blogger pemes komen kt blog nie, haha XDD btw gud lack utk kak aida jugakk