Assalamualaikum.
Senanye cerita ni kalau masuk 29.1.2014 maka genaplah setahun. Kahkahkah kau hadoooo cerita dah basi pastu nak post? Disebabkan gwa busy tahun lepas yelah calon sepiem kan, so tak nyempatlah nak hupdate. Lagipun it was one of my best memories ever la dalam hidup aku, then why not aku nak kongsi dengan korang kan. Jom cekidaut
Dak2 kelas aku (sains tulen) terpilih untuk program sains & matematik dengan dak2 thailand (phiman phitayasan). Peh memandangkan ni last year kat sekolah, we had the chance to join this international program apa lagi hati gembira riang ria kanak2 ribena la. Pastu bila dapat tau nanti kitorg pulak mungkin pegi sana haa boleh bayang tak eager beaver kitorg macam mana? Yeah tahap tak boleh belah minta selipar jepun
29.1.2013 students from phiman ni datang kitorg tunggu dorg waktu lunch dekat kantin. Excited habaq hang, punya la prepare cakap siam haha kap phun kap, chen rak ter ok act aku lupa nak type macam mana, nak pronounce aku tahu lol. Lepastu punya dok harap mamat2 thailand ni hensem2 belaka & memang tak mengecewakan dorang lagi hensem dari dak2 dekat sekolah aku wahahaha
Lepas habis lunch, kami tolong girls phiman bawak barang2 masuk hostel and dak2 laki tolong boys phiman check in homestay since hostel available untuk girls sahaja, Petang tu kitorg ada ice breaking session, best sebab pes time bergaul dengan foreigner haha. Nyanyi2, main2 pastu cikgu buat game untuk tentukan buddy masing2. Aku tak kisah pon buddy aku sape sekali dapat buddy yang memang ramai orang adore haha melopong je lah orang lain. It was quite easy for me la sebab dia Islam tapi ada communication problem sikit since dia tak faham english sangat. Nak harap aku cakap thailand kahkahkah kirim salam
Meet Meela, my buddy :)))))
Dah nama pon Malam Kebudayaan kan so mestila ada menari2, nyanyi2, joget2 haha. Seronok la walaupun kitorg tak buat persembahan kena import pasukan penari pulak haha. Ok kat sini aku taktau nak cerita apa so skip lol
Esoknya pulak (30.1.2013) kitorg siap awal2 nak pergi ISLAND HOPPING. Walaupun aku orang Langkawi tapi aku penah sekali je pi island hopping. Sedih tak? Haha so memandangkan ada orang nak bawak kitorg secara percuma, patut dimanfaatkan dong.
Semua mata sepet haha
Okey sesiapa yang nak datang Langkawi, Island Hopping ni salah satu aktiviti wajib aa. Rugi wei kalau korang tak try, lagipun affordable. Engko bayangkan la semua sekali students dalam 70 orang lepastu satu bot muat dalam 15 orang camtu kot, so bot ada dalam 5 la. Bila dah naik bot ni, bot yang lain macam nak ajak race haha setiap masa aku mengucap takut bot terbalik tau dak. Tapi memang best gila ah! I give 10/10 haha
Pemandangan sepanjang naik bot memang to die for la. Tenang rasa
Laluan ke Tasik Dayang Bunting. Time ni dah nak balik
Haa, ni la yg aku cakap. Macam ibu mengandung tak?
Third, Pulau Beras Basah. Kat sini ada pasir macam pantai biasa, so kitorg main game. Lawan pijak belon haha. Serious tak leh blah tapi best. Lepas dah habis main, dak2 thailand and dak2 laki sek aku pegi mandi. Kami yang perempuan ni bajet taknak mandi lepastu nak buat khianat lah sikit kan campak sorang dua masuk laut last sekali semua terjun laut. Suka gila waktu ni, will never forget it. Sayangnya bateri phone habis tak sempat nak tangkap gambar wuwuwu. Pastu cerdik sangat fon letak dalam poket then terjun laut. Haha Dah la tak bawak baju spare kan pastu balik dengan baju basah la jawabnya, pakcik tu pulak bawak bot laju hah menggigil memasing haha.
Tgh hari tu kitorg sampai sekolah balik dengan bau air laut yang masin haha. Petang pulak ada outdoor activity, main belon jugak. Tapi nama game ni makin jauh makin sayang. Ewah nama nak commercial je kan? Hampa tau tak ni main macam mana? Ok game dia macam ni, ala hampa mesti penah tengok belon yang kita isi air tu kan? Haa, pastu hampa cari partner sorg then baling kat pasangan masing2. Couple yang mana paling jauh and tak pecah depa la menang. Nasib baik belon tu tak pecah kat aku, pecah dekat buddy aku (Meela) haha. Kesian dia dah la sebelum tu basah mandi pantai petang pon basah lagi mihmihmih
Malam pulak kitorg ada macam Mind Game la. Kena buat structure yang paling kukuh untuk tampung beg2. Kumpulan mana yang buat structure yg boleh tampung beg paling banyak menang. Haha, waktu semua orang macam arkitek tak bertauliah la kan bina bangunan memasing guna surat khabar. Malangnya kumpulan gwa kalah sedih bhai. Nampak sangat tak kreatif haha
Macam-macam style ada lol
Last day (31.1.2013) telah tiba. Wuwuwu, sedih sangat. Kitorg bawak dak2 phiman ni melawat sekolah. Tangkap gambar dekat batu geopark a.k.a mercu tanda smk tunku putra haha. Lepas sarapan dorg bertolak pegi Oriental Village (Cable Car) sebelum departure, kitorg dah tak ikut sebab dah start sekolah haha. Waktu breakfast tu macam diam je memasing ye la sedih woi. Then tangkap gambar, tukar2 no fon and fb bagai.
Mangaiii panjangnya entry ni kan. Haha, so ni cerita pasal dak2 phiman tu datang sekolah kitorg. Next entry insyaAllah aku cerita pasal aku pegi sana pulak okeh. Terima kasih daun keladi, lepas ni datang lagi. Haha berpantun pulak ekau jang. Secara tak sengaja dah promote Langkawi haha
0 comments:
Post a Comment