Sunday, November 25, 2012

Lesen Motor

Assalamualaikum.

Amacam cuti korang? Best tak? Dah p jenjalan satu malaysia ke satu dunia. Kesian aku dok terperuk dekat langkawi. *crying* Ok korang tau kan yang tahun ni aku dah 16 tahun. And that's mean next year I'm gonna sit for SPM! No no bukan nak cakap pasal tu. Peh seram tau tak cakap pasal spm. Buku teks form 4 pon belum khatam. Oh why...

Disebabkan aku dah mencapai umur yang dibolehkan untuk mengambil lesen memandu motor so dengan bangganya hari sabtu (17.11.2012) aku p ceramah KPP. Ciss ceramah jer pon. Dekat arah muara. Dengar nama institut memandu tu pon dah ngeri ni lagilah staf dia mula-2 pegi aku tengok semua muka garang. Nasib baik aku p dengan mak aku.

Nasib baik lah aku ada kawan yang p jugak ceramah tu. Yang aku tau mula-2 k.lang jer tapi hari sabtu tu anis dengan kakak dia pon ada. Lagi best weh! And ze ceramah was held for 5 hours. Danggg! Nasib baik dapat makan free, bhahaha. Sedap gila kot. Nampak tak sampai boleh gila. *mukatoya.jpg* Sempat lah jugak snap gambar apa semua. Penceramah tu best gak, org kelantan. Lelaki and melatah. Lawak gila bila dia terkejut dia melatah pastu buat gaya ultraman. Lols

 Kesian motor sape lah ni kan. 

Dah habis ceramah hari khamis (22.11.2012) aku p ambik ujian berkomputer. Dengan sekali percubaan aku lulus. Wohooooo macam menang motor sebijik bak hang! Bila dah lulus hari jumaat (23.11.2012) pulak ada amali dan teori for 6 HOURS! Oh mann whyy. Dah la pagi-2 mengantuk gila. Fyi, aku ni naik motor pon menggigil haha basic aku dah ada tapi malas nak naik. Dahla signal pon aku tak tau yang mana. Betapa noobnya gwa *isk isk*

Dari pukul 8.30 pagi macam tu cikgu start bagi teori pastu tunjuk sikit-2 dalam litar. Jalan mana yang nak guna. Sampai pukul 1.00 macam tu semua org balik. Lagipun dak-2 laki nak semayang jumaat. Pukul 2.30 ptg semua orang berkumpul balik. Petang tu semua kena try naik motor, aku paling takleh blah dak-2 laki dok kat depan sekali pastu nampak habis memek muka dak-2 pompuan bila takmau motor jatuh, terbalik, langgar benteng dan etc. Malu woi malu. *hentak kaki*

At the track








Aku ingat nak buat last-2 tapi mak aku datang awal so terpaksa lah aku buat. Terpaksa eceh padahal syok. Wakakaka. Ada gak dak-2 pompuan yang tak buat. Ngakk adil! Malu katanya. Dah habis dalam pukul 5.30 macam tu ambil balik ic then boleh balik. Tunggu lepas seminggu lesen L keluar. Yeyyyyyy!


0 comments: