Saturday, February 18, 2012

Ombak Rindu 'A'

Assalamualaikum and hello.

Post yang semalam ada tak aku cakap yang pagi tadi sekolah aku ada buat ceramah Ombak Rindu untuk budak-2 form 4? Haha, act aku lupa aku ada bagitahu ke tidak. And aku malas doh nak tgk balik aku tulis ke tidak. Disebabkan waktu aku nak taip entri nie tengah hujan, so aku akan hupdate secepat mungkin. Besar kemungkinan typo akan berlaku. Buat donno jer, kau berani tego aku siku kang. Ok bila nak start nie? Haha, leggo!

Sebenarnya, nama ceramah tuuu Ombak Rindu 'A' . Musykil tak apa motif huruf A tuu ada? Haaaaaa, act Ombak Rindu tuu hanyalah nama semata-mata. Ini semua adalah propaganda uganda cikgu nak tarik budak-2 form 4 nie datang ceramah tersebut. Biasalah dengar Ombak Rindu mesti orang ingat ehh nie mesti ceramah pasal couple-couple. Kelas aku dah tahu ceramah pasal mencintai subjek sejarah. Haha, boleh dikatakan taktik cikgu berjaya lah jugakk sebab memang ramai yang datang. Budak-2 form 3 pon ada jugak tapi sekejap jer dorang dengar. Lepastu dorang ada aktiviti tersendiri.


Ceramah ni dikendalikan oleh Tuan Hj Ismail. Aku taktau nak panggil ustaz ke cikgu ke? Gaya macam ustaz sebab pakai kopiah. Ohh kira kalau cikgu yang pakai kopiah tuu semua ustaz laa? Tapi cikgu ni ajar sejarah so I consider him as 'cikgu' laaa. Mula-2 gwa ingat dia serius doh, tapi rupanya lawak. Best jugak, cikgu ni dari sekolah Sultanah Bahiyah. Sekolah lama Aliaa. Alia excited gila bila tau cikgu ni dari SMKSB ehh betul tak? Correct me if I'm wrong. Alia asyik cakap patut laa macam penah jumpa. Hek elehhh haha!

Gwa nie kalau bab-bab ceramah memang tak boleh blah. Kalau dengar ceramah apa-2 mesti buat benda lain main ke, dengar lagu ke, gossip ke. Kalau nak gossip kena amik port belakang tapi kali nie ntah semangat berkobar-kobar tetibe dok depan. Aku ingat aku nak tidur sebab semalam aku tidur pukul 2 pg tapi tak mengantuk lah pulak. Macam mana nak berkat kan bila orang bagi ceramah bukan nak kutip simpan tapi buang masa.. So adik-2 jangan jadi macam akak yee. Haha bajet senior, eh please respect your sensei advice. Betul kan sensei tuu senior? Cakap otaku sejati tapi cakap jepun pon tak tahu! Keluar tajuk kbai


Slot ceramah nie dimuali dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah. Haha lawak jer, cikgu ismail start ceramah dia dengan menunjukkan sejarah hidupnya. Dia cakap keturunan dia dari Gujerat. so muka dia macam mamak sikit. Hensem woii ko jangan memain. Dia cakap waktu dia pegi Mekah ada orang tanya dia dari mana then dia jawab laa Malaysia tapi orang tuu memandai cakap bukan, awak dari India kan? Wkwkwkwkwkwkwk *ok aku tau tak lawak wuwuwuwuuwuwu malu

Ombak Rindu ke? Ombak Rindu laa sangat.

Dalam laptop dia sangat banyak file. Aku rasa macam nak suruh dia bukak semua folder-2 tuu nak tengok semua slide yang ada. Haha, dia bawak dalam 200 keping gambar pasal sejarah. Aku paling sedih bila dia tunjuk sejarah pasal Islam. Pasal perang pertama yang tercetus dalam sejarah Islam iaitu bila 300 org Islam lawan 1000 orang musyrikin and Islam menang. Sedihnya bila masjid dekat Andalusia dijadikan gereja, Islam dekat spain, cardoba semakin dilupakan. Wuwuwuwu, gerenti kalau korang tengok mesti sedih.

Cikgu ismail ada cakap remaja yang mensia-siakan hidupnya dengan berfoya-foya nescaya dewasa/tua kelak dirinya merana. Wahh, boleh pulakk ingat ehh bukan asyik lupa je ke? Haha, alhamdulillah woii aku ingat benda-2 baik bukan benda yang takde faedah. Cikgu ismail nie terer doh nyanyi lagu hindustan. Macam-2 gaya ada, I wish he will come again next year sebab waktu tuu kitorang dah sepiem. Insyaallah

Macam biasa kalau ceramah last-last mesti ada sesi muhasabah diri. I tend not to cry tapi mata aku nie asyik bocor huwaaaa. Tapi selalunya orang insaf sehari dua jer lepastu buat balik perangai sama. Moga-2 aku bukan orang macam tuu. And you too :) Macam yang korang tahu aku nie memang takde chemistry dengan sejarah, kan aku ada cerita dekat entri yang panjang lebar macam mana result pmr aku. Ada dua entri pepandai ahh korang cari malas aku nak godek. Tapi entah macam mana aku boleh dapat A. Time exam tuu aku ada baca lah jugakk sikit-2 tapi tak sempat. So jangan baca buku last minit.

Now, Alia and me try to fall in love with sejarah. Cewahh, for me sejarah form 4 ni interesting gila. Cuma susah doh nak hafal bagai, dahlaa satu bab tuu punyalaa banyak mukasurat. But I'll try my best. Fikirkan boleh *sambil nyanyi lagu fikirkan boleh nak aku letak lirik ke? Tak payah kot haha kang bertambah panjang entri gwa.

Ceramah habis dalam pukul 12.30. Start pukul 10 pagi. Lama laa jugak, lepastu budak-2 laki nak gi semayang jumaat. Dapat makanan tengah hari tuu yang best muahahaha tau makan jer! Then kitorang semua pon balik.

The end! Haha, thanks for reading. Spread some love ;))

0 comments: