Saturday, January 28, 2012

Girls Day Out

Assalamualaikum. Setiap kejadian yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya.
Hello fellas. How you're doin? Tetibe speaking London lah pulak pagi-pagi nie. Pada pagi Sabtu yang mulia ni, gwa nak tanya korang dah sarapan ke? Yelaa takkan aku nak tanya "awak nak gi semayang sabtu ke?" Haha, be logic maa~ Sape tak breakfast lagi angkat kening ok satu kening dua kening tiga kening wahh korang nie bangun-bangun kiranya terus online laa. Dasar kaki online. Haha

Actually post aku kali nie nak ucapkan selamat tinggal dekat kawan-kawan aku yang nak pindah sekolah. Aku tak pindah ke? Well, takde rezeki gwa nak buat mcm manakan. Korang doakan laa dekat aku banyak-banyak mana tau aku dapat 2nd intake :') Disebabkan minggu nie minggu last dorang kat sini so kitorang pon buatlah plan nak jumpa. Ingatkan nak buat reunion 3RK1 last year tapi ramai yg dah pindah wuwuwuuwuwu sedihnya camni aa kawan camnii aa!

First plan, nak pegi lubuk semilang laa panjat gunung raya laa pi cenang laa last-last gi main bowling dekat jetty point. Semua ada 8 org include boyfie qiela. Haha dia sorang jee laki merangkap driver haha dah dia sorang jee tahu bawak kete kitorang bawah umo maa~ Hari Khamis(260112) was our last meeting. Cadang nak main pukul 3 tapi orang yang mencadang tuu tak sampai-sampai. Jenuh jugak doh aku tunggu, sambil tunggu aku makan laa BR. Lama gila tak makan dekat br. I'm eating ice-cream while tweeting! *Tengok jam dah pukul 3.45ptg tapi tak sampai-sampai lagi. Aku mesej sorang pon tak balas. Kedekut sungguh kredit angpa nauu!


So aku rasa naik atas laa kot tengok kot-kot ada yang dah sampai sebab qiela kata alia pegi sendiri and dah sampai. Time nak naik tuu aku doa banyak-banyak supaya alia ada dkt atas, tup tup waktu aku nak naik alia nak turun hahahahaha lega doh~ Kami pon naik and pegi lah duduk dulu sebab nak tgu makhluk-makhluk Allah yang lambat nak mamp. Kekekeke *tengok jam lagi aduhaii dah nak pukul 4 bila mau habis kalau start pon belom then Alia tanya nak main dulu ke? Aku on jer so kami main dulu satu game sementara tunggu dorang. Tengah dok main tuu, tengok-tengok dorang datang. Cissss, apasal tak datang esok jer. Haha


Masa mula-mula aku dengan alia masuk takdelaa penuh sangat tapi tengah kami dok main tuu orang ramai doh masuk sampai penuh semua lane. Aku dengan alia main lane 17. Kami ada jiran lane 18 tapi tak bertegur sapa pon hahaha tapi ada laa jugak adegan berbalas-balas senyuman ubat gigi darlie wahh gitu Bila game aku dengan alia dah abis qiela pegi laa nak bayar untuk game yang lain and for 8 people tapii akak tuu cakap semua lane penuh waktu tuu aku tak ikut qiela sebab jakun main iPad yang alia bawak. Haha best doh main game buaya ntah apeke jadah pon aku taktau tajuk dia tapi mmg batak gila kami! LOL


Dah takboleh main kami pon tunggu laa kot-kot ada lane yang dah kosong sementara tuu dorang nie main laa dengan iPad alia. Tangkap gambar laa ituu la ini laa. Kesian qiela camera dslr dia takde orang layan. Haha, dah agak lama menunggu ada dalam sploh minit aku rasa cam membazir jer kalau tunggu macam nie so aku decided pegi tanya lagi. Akak tuu cakap semua lane penuh lagi then aku pon pelik laa dorang nie tak cakap ke lane aku ngan alia tadi yang nak main cuma tambah lagi 6 orang jer baru akak tuu paham. Haiila, kalau aku pegi dari tedi mesti korang dah boleh main T_T


Memang best gila main, kitorang dapat 2 lane sebab satu lane takboleh lebih dari 8 orang. So satu lane 4 orang. Lane 15 ada syafiqah, alia, qiela ngan esan. Lane 16 pulak ada izati, syifaa, farra and aku. Masa aku main dengan alia awal-awal aku boleh strike tapi lepas manusia yang datang lambat tuu sampai terus masuk longkang. Haha, second time main pon sama jugak my performance was bad very bad, bukan kaki bangku tapi tangan bangku. Haha, ehh korang main boling guna kaki ke? So gunakan istilah tangan bangku. Pin yang aku jatuhkan memang sikit jer, wuwuuwuwuwu malu doh. Esan terer, memang laa sebab dia laki. Baling kencang habis haha sampai tergelincir memang semangat gaya nak masuk olimpik. Wkwkwkwk

Last-last aku rasa macam fed up aku pon main ala kadar jer tup tup bila nak habis markah aku banyak lah pulak. Last-last tuu aku asyik spare jer tapi oke lah kan. Korang tauu aku dapat nombor berapa? Yeah I get no.2. Muahahahhaha *bangga jap. Dalam pukul 5.59ptg kami pon keluar laa ingat nak pegi makan lapar nak mamp. Tapi izati lah pulak pakwe dia ajak dia jumpa. Memang kacau betul orang dah tengah lapar time gini lah kau nak dating. =,= Memang takleh blah lepastu aku qiela dengan farra kena keliling jetty tuu nak cari izzati ingatkan dah kena culik dengan bangla. Wkwkwkwk

Kitorang gi makan dekat McD. Actually bungkus jer, dah tak sempat nak makan kt situ. Qiela ajak gi makan dekat playground tapi dah lewat sangat so balik makan dekat rumah. Haha, ehh waktu aku order kan izati ada minta ice-cream cone tapi dia order jer yang kena beraturnya aku. Haha, ice-cream tuu benda last yang abang tuu buat. Lepas dia buat ice-cream tuu tetibe dia cakap "comel laa pegang cone macam nie" Pastu kengkawan dia semua gelak then dia bagi dekat aku "comel laa beli ice-cream nie" LOL ntah apa-apa

Memang best keluar haritu, boleh dikatakan as girls day out w/p esan tuu laki tapi apa ada hal! Yang nak pindahnya qiela, syafiqah and syifaa. Walaupon aku tak rapat dengan angpa tapi kawan jugak kan. Good luck dekat sek baru. Study elok-elok. Jangan lari balik mai sudah~ :))


0 comments: