Friday, November 11, 2011

Sedih Bukan Sebab Habis Sekolah Tapi Sedih Nak Naik Form 4

Assalamualaikum peeps. I'm back, HAHA ntah apa-2 budak nie. Lama sikit tak tulis bila post entri baru mesti cakap "I'M BACK" Jemu wei JEMU. Kekekeke, aku takde ayat boombastic. Ok aku ada dua story tapi aku cerita satu dulu lah, tak baik tamak kan.

Kemarin hari Khamis bersamaan 10.11.2011 adalah hari terakhir untuk pelajar-2 form 3 tahun nie bersekolah. Adoii sedihnya. Actually lepas PMR tuu pun dah sedeh sebab gi sekolah tak boleh duduk dalam kelas belajar macam dulu. Kalau bab belajar tuu dah tak belajar pon tak kesah tolak tepi, tapi dah takleh masuk kelas. BORING KAU!


Tak boleh nak kumpul ramai-2 macam dalam kelas dulu. Kalau berkumpul entah kumpulan ni kemana, budak asrama ke mana adalah TIDAK BEST. Tiap-2 hari tengok movie dalam dewan tertutup tuu, naik kematu bontot aku nie. Andd ada satu hari tuu, cikgu-2 adakan sukaneka untuk kami. Macam bebudak kan kami main sukaneka. Bersukaneka lah kitorang hari tuu, hahaha. Memang bengong kalau diingatkan balik. Kekeke, the cool memories ever lah. Sayang aku tak bawa kamera nak snap!

Hari tuu ada aku tulis waktu aku gi canting batik kan? Sapa belum baca klik SINI. Esoknya dan hari-2 seterusnya cikgu adakan macam-2 aktiviti. Pertandingan poster, kain rentang, gubahan, batu seremban, poster ehh bukan dah ke? Haha, banyak sangat. Ada lah satu dua aktiviti yang kumpulan aku menang. Hehe, bersyukur weh bersyukur.

Last but not least, tibalah kemarin iaitu hari terakhir persekolah bagi form 3. Ada jamuan makan-2. Yelah jamuan makan takkan mandi pulakk. Tapi terkilan sikit sebab perpisahan macam tak rasmi jee tak sempat jumpa cikgu, nak mintak maaf lagipun tak ramai yang datang kemarin so no chaos and un-happening. Ade ke perkataan tuu.


CORRECTION, chaos tetap ada. Haha, ada lag beberapa makhluk Allah yang bawak tepung gi sekolah. Ya Rabbi, waktu makan tuu sempat lagi main tepung dorang tuu. Aku bukan daripadanya oke, taknak ahh baju, tudung, seluar aku kena tepung. Cukuplah beg aku yang kena. Habih jadi warna pink tompok putih dah beg aku. Heishh --"

Mula-2 tuu aku ingat cikgu tak marah sebab cikgu tak kesah jee tapi rupanya cikgu tak tau pon dorang main tepung. Bila cikgu tau diorang kena marah. HAHAHAHHAHA, padan muka! Apasal jahat sangat budak nie? Tampar kang. Kekekeke, waktu balik tuu ade lagi yang dok main tepung. Yang ni lagi teruk dah tak nmpak rupa orang tepung penuh muka dengan tudung. Yang lelaki penuh rambut. Adoii habeh remos, dah tak hensem. Kuang kuang kuang


Apapun, best lah jugak kemarin tapi boring sikit. Mula-2 duduk dewan lepastu gi lepaking dekat bangku ZON NEUTRAL tuu.  Hahaha XD Ohh, kemarin birthday k.lang. Rancang nak prank k.lang tapi aku nie manusia. Hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tentukan. Ape nie? Alasan banyak betul budak nie. HAHA

Btw, happy belated birthday k.lang and happy birthday izzati. Aku ni punya nak rak tulis tapi entah dorang baca ke tidak aku pun tak tahu. HAHA, kemarin sempat lah snap gambar. Silap aku tak bawa lappy, kalau tak boleh menggila on9 dekat sekolah. Wakakka, sesedap oren je dorang bawak lappy online tak ajak aku join sekaki. Hailaa~

Nak beli novel lagi. Boleh ye mama, abah! Pleaseee, buat mata comel mulut itik mintak lempang. HAHA