Friday, February 11, 2011

Kenapa korang buat aku macam nie ?

Salam . Lama takde post baru kan . Sekarang in bad mood . Actually nak cite sesuatu tapi ..

Yesss , aku tau kawan2 aku takde baca pon blog aku ! Kalau diorang baca pon ada aku kisah ke kan ? Cakap kawan baik lahh , bff lah , sehati sejiwa lah , itu lah ini lah . Ape pon tak nak bagitahu . Korang tahu tak aku terasa . Aku sedih sangat bila korang buat macam tuu dekat aku . Kadang2 aku terpikir kenapa korang jadi macamtuu . Ke aku yang dah berubah . Sekarang aku dah rasa hubungan kita dah lain . Aku nak sangat tanya kenapa korang jadi mcm nie . Kenapa semua benda nak rahsiakan daripada aku . Aku tak layak ke nak tahu ? Kenapa aku hina sangat kah ? YA ALLAH

Sampai kau dah ada sesuatu pon ko rahsiakan dari aku . Kekadang korang cakap pasal sesuatu benda yang aku tak tahu , aku rasa mcm aku tunggul kayu dekat situ . Bila aku nak tahu korang cakap lebih baik ang tak yah tahu ? Kenapa aku tak boleh tahu ? Secret sangat kah ? Aku rasa terpinggir . :'(

Kalau aku tahu bila naik form 3 jadi mcm nie dah lama dah aku pindah gi sekolah lain . Lagi best kot sbb dapat kawan baru yang tak tahu apa-apa pasal aku . Bila aku tanya jakk sesuatu mesti ko pon asal ang nak tau sangat ? Dalam hati ko tuu aku tau yang ko tak cayakan aku KAN ? Aku nak tau cita sebenar jakk . Tak boleh ? Ya Allah engkau tabahkanlah hati aku .
Kalau boleh esok tak nak pegi sekolah . :'(


2 comments: